Sabtu, 26 Oktober 2013
Bismillah,
Di hari yang mulia ini iaitu hari jumaat Penghulu segala hari, bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hamba mu yg dhaif ini menghirup udara segar. Terima Kasih kpd Readers and Followers yg sudi dtg ke blogskin yg tak seberapa ni...Allright, Entry pada kali ini akan aku ceritakan secara ringkas pertemuan, perhubugan antara kekasih yang sgt ku cintai iaitu Siti Nurzanna Bte Misnawi, ye yang dahulunyaa hanya sebagai sahabat sahaja ! Selamat Membaca ^_^ Choyyyyy ! HAHA !
Assalamualaikum pembuka Bicara...,
Alhamdulillah, Tuhan engkau berikan aku seorang wanita yang menyinari cahaya pada setiap kaki ini melangkah, sinar matanya membuatkan diri ini tidak lekang walaupun sesaat untuk mengingati dirinya. Setiap tidur malam ku, bayangan mu hadir menusuk ke dalam minda, pada waktu itu, tubuh milik ku yg engkau pinjamkan ini terbangun dari lena kerana bayangan itu adalah wajah mu yang hadir lalu memanggil nama ku. Setiap sujud ku mahu pun doa ku, wajah ini laaa yang bermain di setiap laluan pemikiran ku supaya nama mu ku sebut dalam setiap doa ku agar diri mu sehat sejahtera selalu .
Apa yang aku lalui sekarang tidak pernah ku lalui sebelum ini, pertemuan tanpa di jangka, tidak pernah ku rangcang semua ini, niat di hati hanya sekadar sahabat sahaja dan tidak lebih dari itu, daripada sebuah NOVEL lalu kita saling bersama, kan ? Waktu di bangku persekolahan dahulu, masing-masing dengan perihal sendiri, langsung tidak hiraukan apa yang terjadi (maklum laa, bdk degil dulu) hehe ! bertegur hanya sekadar begitu sahaja, Tetapi sekarang ? Segalanya berubah dan tidak seperti dahulu lagi. Ikatan ini terjalin dengan begitu Drastik tanpa di sedari... Allah yang mementukan segala apa yang akan terjadi..., Subhanallah !
![]() |
| Cinta? Taklah...
Cinta? Ya kot...
Cinta? Err... (malu nak
mengaku!)
|
Aku bersyukur kerana dapat dipertemukan dengan diri mu, apa yang terjadi pasti ada hikmahnya, Cinta ini bukan permainan, Tapi pelengkap dalam menjalani kehidupan. Setiap bangun dari tidur ku masih tidak ku sangka-sangka diri ku kini telah dimiliki oleh insan yang begitu ku Cintai. Sekiranya tiada halangan, Berlangsungnya pernikahan kami pada akhir tahun hadapan 2014. Insyaa Allah dengan izinnyaa, Amin...
Cinta suci ini harus dipelihara hingga ke akhir hayat yang hanya dapat memisahkan. Dan hari ini aku mengerti, tidak mudah untuk mengenali hati seorang manusia, tapi akhirnya aku Mengerti ? ye aku Mengerti berkat izin dariNYA... Yakin laa bahawa 1 hari nanti akan kalian perolehi hati yang begitu sempurna untuk menghiasi kehidupan ini, Dan sekiranya hati itu tidak dijaga seperti Tumbuhan Hijau di sekeliling kehidupan ini, maka dengan mudah ianya layu dan mati begitu sahaja. Apa yang harus ku lakukan kini adalah menghiasi dan menjaga Bunga Ros putih yg mekar di sampingku...Kadang orang sering berkata, " Lupakan benda yang dah lepas tu... " Tapi tidak semua yang harus dilupakan, Sesuatu yang sudah lepas itu pastinya tidak boleh diputar kembali, tapi masih mampu membuat kita tersenyum sendiri, malah merindui masa-masa itu, kn ?
Cinta ini pastinya harus ku bawa sampai ke syurga, Insyaa Allah, Itu laa kata-kata yang selalu ku pegang erat...Sejujurnya diri mu tiada Pengganti, sudah cukup dahulu dengan kehidupan ku yang jauh terkeluar dari landasan, kini aku kembali dengan menjadi diri ku yang sebenar, berkat bantuan mu serta petunjuk mu Ya Tuhan, engkau pertemukan aku dengan dirinyaa...,
Wahai Pemilik Hati, Terima Kasih, Terima Kasih kerana sudi hadir dalam hidup ku yang serba kekurangan ini, Terima kasih ku ucapkan sekali lagi...,
Syukran, Wassalam...,
Sayang, Diri Mu Ibarat Pelita... Yang Hidup Dikala Malam Ku Menyepi...
I Miss You =')
Label: Cinta Antara Kita, Hei...Aku Kenal CINTA !

